Jenazah SM Idris selamat dikebumikan

Jenazah dibawa ke Masjid Hashim Yahya untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak.
Jenazah dibawa ke Masjid Hashim Yahya untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak.
A
A
A

GEORGETOWN - Jenazah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, SM Mohamed Idris selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Perak di sini kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Jenazah Mohamed Idris, 94, dibawa dari rumahnya di No 2, Rose Avenue di sini kira-kira jam 9.30 pagi sebelum disembahyangkan di Masjid Jamek Hashim Yahya.

Terdahulu, lebih 500 orang terdiri daripada pelbagai kaum hadir memberikan penghormatan terakhir kepada tokoh dan aktivis pengguna itu termasuk menziarahi keluarga Allahyarham di rumahnya sejak malam tadi.

Antara pemimpin yang hadir termasuk Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng antara yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada SM Mohamed Idris.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng antara yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada SM Mohamed Idris.

ARTIKEL BERKAITAN: SM Idris sudah tiada

Selain itu, beberapa pemimpin kerajaan negeri turut hadir seperti Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Zakiyuddin Abdul Rahman, Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa, Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain dan pemimpin pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Tan Sri Yussof Latiff.

Anak Mohamed Idris, Mohamed Ali, 62, ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan membantu sepanjang proses pengebumian Allahyarham ayahnya sejak semalam hingga hari ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata ayahnya tidak sakit atau menunjukkan sebarang perubahan malah berpuasa seperti biasa dan menjalankan aktiviti hariannya seperti berkebun.

"Arwah dalam keadaan sihat, cuma awal pagi semalam dia agak letih jadi kami bawa ke Pusat Perubatan Gleneagles (GMC) sebelum meninggal dunia jam 5 petang (semalam) kerana sakit tua," katanya.

Mohamed Idris meninggalkan seorang anak lelaki dan tiga anak perempuan serta tujuh cucu dan tiga cicit.