Sila log masuk terlebih dahulu.

Tragedi kepala air: Jenazah tujuh beranak selamat dikebumikan

05 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

MOJO LIVE 4 JULAI 2023

[MOJO LIVE] Suasana perjalanan proses pengebumian jenazah tujuh mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3, Lapor Wartawan Sinar Harian, Nik Amirulmu'Min Nik Min.

Jenazah tujuh beranak yang terbabit dalam tragedi fenomena kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu, pada Ahad selamat dikebumikan di Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3, di sini tengah malam Selasa.

Jenazah pasangan suami isteri, Karim Abdullah dan Azizah Eiyi serta lima anaknya selamat dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira jam 11.52 malam.

Sebelum itu, kesemua jenazah disembahyangkan di Masjid Ubbudiah, Felda Lepar Hilir 3 yang diimamkan Imam masjid, Ibrahim Mat Noor bersama-sama kira-kira 100 jemaah.

Artikel: https://go.sinar.la/3PJ9OPt

#MojoLive #SinarHarian