SM Idris sudah tiada

SM Idris
SM Idris
A
A
A

GEORGETOWN - [DIKEMASKINI] Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Pulau Pinang sebentar tadi.

Adik Allahyarham, Mohideen Abdul Kader berkata, Allahyarham abangnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 5 petang pada usia 93 tahun.

Menurutnya, Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua dan jenazah akan dibawa ke rumahnya di No 2, Rose Avenue di sini.

Beliau yang juga Naib Presiden CAP berkata, pengkebumian Allahyarham akan dilakukan 10 pagi esok di Tanah Perkuburan Jalan Perak.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak.

Artikel Berkaitan: