Raja Muda Selangor serah sumbangan Aidilfitri

Tengku Amir Shah menyampaikan sumbangan YIDE kepada anak yatim di Masjid Taman Padu Permai di sini hari ini.
Tengku Amir Shah menyampaikan sumbangan YIDE kepada anak yatim di Masjid Taman Padu Permai di sini hari ini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM54,400 kepada anak yatim di Masjid Taman Padu Permai di sini hari ini.

Baginda bersama tetamu kenamaan lain yang tiba di masjid itu kira-kira jam 12.20 tengah hari terlebih dahulu menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid.

Baginda kemudiannya menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) membabitkan wang tunai RM100 kepada setiap 544 anak yatim bagi membantu meringankan beban mereka menyambut Aidilfitri bulan depan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YIDE, Nur Mohd Razali Abdullah berkata, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Baitulmal memperuntukkan geran tetap sebanyak 500,000 bagi menyalurkan sumbangan kepada anak yatim di Selangor pada tahun ini.

"Pihak kami juga telah memperoleh baki selebihnya daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) negeri ini," katanya.

Beliau berkata, YIDE sebelum ini menyalurkan sumbangan kepada dua daerah iaitu Klang dan Petaling membabitkan peruntukkan sebanyak RM274, 500 pada minggu lalu.

Justeru, katanya, YIDE berbesar hati sekiranya GLC do negeri ini membantu menyumbangkan sumbangan dalam membantu golongan memerlukan.

"Bantuan ini meliputi sumbangan kepada anak yatim pusat rawatan hemodialisis dan rakyat Selangor yang ditimpa musibah," katanya.

Artikel Berkaitan:

#sabakbernam Raja Muda Selangor serah sumbangan Aidilfitri MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR SABAK BERNAM - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM54, 400 kepada anak yatim di Masjid Taman Padu Permai di sini.

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Tuesday, May 21, 2019