Sila log masuk terlebih dahulu.

Kelab Bunian Bikerz raikan 30 anak yatim sempena Aidilfitri

A
A
A
BERITA SEMASA 2 MEI 2023

Kehadiran lebih 40 motosikal berkuasa tinggi dari Kelab Bunian Bikerz nyata mengujakan penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Darussalam, Kampung Melayu Sungai Rapat di Ipoh, Perak pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Kemeriahan dirasai dalam program tersebut apabila anak-anak yatim ini meraikan tetamu mereka dengan persembahan qasidah selain ahli kelab berkenaan turut menghiburkan penghuni rumah kebajikan itu dengan nyanyian lagu raya.

Paling mengujakan, anak-anak yatim berkenaan turut dibawa merasai pengalaman menaiki motosikal berkuasa tinggi bersama ahli Kelab Bunian Bikerz.

Artikel berkaitan: http://bitly.ws/DQXx

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian