17 nelayan Vietnam didenda hampir RM1 juta

Sebahagian daripada 17 nelayan yang didenda kerana melakukan kesalahan menggunakan pukat tunda dua bot tanpa kebenaran di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini
Sebahagian daripada 17 nelayan yang didenda kerana melakukan kesalahan menggunakan pukat tunda dua bot tanpa kebenaran di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seramai 17 nelayan Vietnam dikenakan denda keseluruhan RM990,000 manakala dua tekong dilepaskan tanpa dibebaskan selepas dibenarkan ikat jamin di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas kesalahan menggunakan pukat tunda dua bot tanpa kebenaran.

Bagi vesel pertama, seramai 14 nelayan yang ada di dalamnya dikenakan hukuman denda keseluruhan RM1.68 juta selepas mengaku salah menggunakan pukat tunda dua bot tanpa kebenaran dan memiliki peralatan menangkap ikan yang dilarang.

Mereka berusia antara 18 hingga 32 tahun itu dikenakan denda RM60,000 atau dua bulan penjara bagi setiap pertuduhan.

Sementara itu, tiga nelayan yang berada di atas vesel kedua didenda keseluruhan RM150,000 atau dua bulan penjara kerana mengaku salah menangkap ikan dengan menggunakan pukat tunda dua bot tanpa kebenaran.

Mereka dikenakan denda RM50,000 turut berdepan hukuman dua bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di 132.3 batu nautika dari Kuala Kemaman, kira-kira jam 3.30 petang pada 5 Mei 2018.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Mohamad Afiq Taqiudin Roslan dihadapan Hakim Azman Mustapha manakala kesemua tertuduh diwakili peguam bela Suhaimi Ismail Zainy& Partners.

Mahkamah mengarahkan kedua-dua vesel, peralatan komunikasi dan navigasi berserta peralatan menangkap ikan serta hasil tangkapan laut dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia.

Artikel Berkaitan: