Wanita dipenjara 16 bulan sembunyi kelahiran bayi

Laporan Sinar Harian 2 Mei lalu.
Laporan Sinar Harian 2 Mei lalu.
A
A
A

LANGKAWI - Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 16 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menyembunyikan kelahiran bayinya April lalu.

Majistret Mohd Ridzwan Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Noor Azlina Yusof, 36, dan memerintahkan hukuman bermula hari ini selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Dia yang juga seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah didakwa menyembunyikan kelahiran secara rahsia dengan cara membuang mayat bayi dilahirkan di tepi jalan Kampung Dato Syed Nahar, Mukim Kuah antara 12 tengah hari hingga 5.30 petang pada 27 April lalu.

Noor Azlina didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Nor Azli Mohd Khlapiah. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Bayi berulat dalam beg plastik sampah

Janda anak tiga, mengaku buang bayi di Langkawi

Artikel Berkaitan: