Janda anak tiga, mengaku buang bayi di Langkawi

Mayat bayi berulat ditemui di tepi Jalan Kampung Dato Syed Nahar, Mukim Kuah, semalam. (Gambar kecil: Mohd Iqbal Ibrahim)
Mayat bayi berulat ditemui di tepi Jalan Kampung Dato Syed Nahar, Mukim Kuah, semalam. (Gambar kecil: Mohd Iqbal Ibrahim)
A
A
A

LANGKAWI - Seorang wanita ibu tunggal berusia 36 tahun ditahan pada jam 9.30 malam, tadi di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi selepas mengaku membuang bayi di tepi Jalan Kampung Dato Syed Nahar, Mukim Kuah.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, hasil soal siasat terhadap ibu kepada tiga anak itu mendapati bayi tersebut adalah hasil hubungan seks bersama teman lelakinya yang dikenali melalui aplikasi Bee Talk.

"Pada empat hari lalu, orang kena tuduh seorang janda mengalami tumpah darah dan telah melahirkan bayi berusia tujuh bulan ditempat kerjanya.

"Dia bertindak memasukkan bayi tersebut di dalam beg plastik dan membuangnya di longgokan sampah,"katanya.

Menurutnya, tangkapan terhadap wanita itu dilakukan oleh Inspektor Viknesvaran Pillai bersama lima anggota polis dan akan disiasat dibawah Seksyen 318 kanun keseksaan,

"Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah akan dibawa untuk reman pada hari ini dan siasatan bagi kes ini akan diteruskan lagi,"katanya.

Semalam, satu mayat bayi cukup sifat tidak diketahui jantina dipenuhi ulat ditemui oleh seorang penduduk di tepi Jalan Kampung Dato Syed Nahar.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi berulat dalam beg plastik sampah

Artikel Berkaitan: