Bayi berulat dalam beg plastik sampah

Penemuan mayat bayi turut turut tular dan mengemparkan penduduk kampung tersebut.
Penemuan mayat bayi turut turut tular dan mengemparkan penduduk kampung tersebut.
A
A
A

ALOR SETAR - Satu mayat bayi cukup sifat tidak diketahui jantina kerana dipenuhi ulat ditemui oleh seorang penduduk di tepi Jalan Kampung Dato Syed Nahar, Mukim Kuah, Langkawi kira-kira jam 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan dari seorang perempuan Melayu memaklumkan bahawa terjumpa objek menyerupai mayat bayi di dalam plastik sampah berdekatan kampung tersebut.

Menurutnya, hasil siasatan terhadap beg plastik hitam tersebut mendapati mempunyai satu mayat dalam keadaan berulat.

"Jantina, umur dan identiti lain mayat tidak dapat dipastikan kerana keadaan berulat. Tiada sebarang identiti lain dijumpai berhampiran mayat tersebut.

"Jabatan Forensik Hospital Langkawi telah dimaklumkan dan bedah siasat akan dibuat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor setar pada esok," katanya.

Mohd Iqbal berkata, siasatan juga dibuat dengan menemubual beberapa saksi dan seorang saksi wanita berkata, beliau telah melihat sebuah beg plastik hitam di tepi jalan sejak tiga atau empat hari lepas.

Menurutnya, beg plastik terbabit dalam keadaan tertutup serta berada di tepi jalan namun tidak dihiraukannya kerana sangka ia mengandungi sampah sahaja.

Bagaimanapun hari ini semasa keluar dari rumah, beliau terhidu bau busuk yang datang dari arah beg plastik tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Saksi telah membuka plastik serta nampak objek berupa bayi dalam keadaan berulat penuh di dalam beg plastik itu lalu memaklumkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya.