Sila log masuk terlebih dahulu.

Duda dipenjara 24 bulan, ugut ibu kandung guna pisau

A
A
A

BERITA SEMASA 23 MEI 2023

Seorang duda dipenjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret Melaka, pada Selasa, selepas mengaku bersalah mengugut ibu kandung sendiri dengan pisau untuk mendapatkan wang pada September tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman itu ke atas Wira Md Aris selepas dia membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap ibu sendiri, Ara Sembok, dengan niat hendak menakutkan menggunakan sebilah pisau dalam keadaan marah untuk meminta wang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/259871/berita/semasa/ugut-ibu-guna-pisau-duda-dipenjara-24-bulan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian