Op Patuh Khas: JPJ Selangor keluarkan 46 saman, 2 lori disita

JPJ Selangor melaksanakan Ops Patuh Khas Kenderaan Komersial. Gambar kanan: Lori membawa lebih muatan menjadi kesalahan paling tinggi yang dicatatkan sepanjang Ops Patuh Khas Kenderaan Komersial sejak 3 Oktober hingga Sabtu.
JPJ Selangor melaksanakan Ops Patuh Khas Kenderaan Komersial. Gambar kanan: Lori membawa lebih muatan menjadi kesalahan paling tinggi yang dicatatkan sepanjang Ops Patuh Khas Kenderaan Komersial sejak 3 Oktober hingga Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 46 notis saman melibatkan pelbagai kesalahan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor dalam Ops Patuh Khas Kenderaan Komersial sejak 3 Oktober hingga Sabtu.

Timbalan Pengarah JPJ Selangor, Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, notis telah dikeluarkan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Kita mendapati kesalahan paling tinggi yang adalah 15 buah lori yang membawa lebih muatan.

"Selain itu, sebanyak 20 kesalahan dikesan membabitkan individu tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada insurans, kesalahan teknikal (6), tayar (3) dan dua kesalahan tidak menutup muatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Ahmad Kamarunzaman berkata, dalam tempoh sama, sebanyak dua buah lori telah disita kerana dipandu oleh pemandu warga asing dan LKM telah tamat tempoh.

"Segelintir pemandu lori memberi alasan ingin mengaut keuntungan dengan membawa muatan berlebihan," katanya.

Pada 3 Oktober lalu, media melaporkan operasi yang bermula awal hingga akhir bulan ini adalah tindakan susulan JPJ untuk mengingatkan pemandu kenderaan komersial supaya mematuhi peraturan.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli dilaporkan berkata, JPJ sudah mengeluarkan arahan kepada pengarah di setiap negeri untuk menjalankan Operasi Khas Kenderaan Perdagangan berkaitan lebihan muatan.

Artikel Berkaitan:

Operasi berkenaan akan diketuai oleh setiap Pengarah JPJ negeri dan Bahagian Penguatkuasa di ibu pejabat juga diarah membuat pemantauan serta menyediakan laporan.