Tiada 'road tax', bawa lebih muatan

Pihak JPJ menahan sebuah treler yang membawa lebih muatan dan tamat tempoh LKM di Kilometer 34 Karak-Kuala Lumpur pada Khamis.
Pihak JPJ menahan sebuah treler yang membawa lebih muatan dan tamat tempoh LKM di Kilometer 34 Karak-Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijadikan alasan tidak memperbaharui cukai jalan.

Timbalan Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Erick Jusiang berkata, alasan itu diberikan oleh seorang pemandu treler semasa ditahan oleh sepasukan anggota JPJ daripada stesen penguatkuasa (SPK) Gombak.

Beliau berkata, treler bermasalah tersebut ditahan di Kilometer 34 Karak-Kuala Lumpur jam 10:30 pagi pada Khamis.

Kata beliau, pihaknya menahan treler tersebut kerana membawa muatan berlebihan.

"Ketika membuat pemeriksaan, pasukan petugas juga mendapati treler tersebut telah tamat lesen kenderaan motor (LKM) pada 12 Ogos lalu.

"Alasan tidak memperbaharui cukai jalan sebab ada senarai hitam dengan pihak JPJ," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Eric berkata, hasil daripada pemeriksaan timbang dilakukan, pihaknya mendapati treler tersebut telah terlebih muatan sebanyak 9,820 kilogram (kg) atau 20.4 peratus.

Jelasnya, berat keseluruhan muatan yang dibawa adalah 57,820 kilogram (kg), sebaliknya had yang dibenarkan sebanyak 48,000kg.

Artikel Berkaitan:

Ekoran itu kata beliau, treler tersebut telah disita dan dibawa ke JPJ Wangsa Maju, dekat sini.

Menurut beliau, treler itu telah ditimbang menggunakan alat timbang mudah alih.

Tambahnya lagi, jenis barangan yang dibawa oleh pemandu treler tersebut adalah 'wire rods'.