Saman tiada lesen, 'road tax' mati paling banyak

Mohd Zaki (kanan) hadir dalam Op Sepadu di Plaza Tol Sentul Pasar, Kuala Lumpur pada Rabu.
Mohd Zaki (kanan) hadir dalam Op Sepadu di Plaza Tol Sentul Pasar, Kuala Lumpur pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiada lesen memandu, cukai jalan dan insurans tamat tempoh adalah tiga kesalahan paling tinggi direkodkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur sepanjang pelaksanaan Op Khas Motosikal di ibu negara sejak 1 September lalu.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail berkata, sepanjang operasi berkenaan, sebanyak 65,042 motosikal telah diperiksa.

"Hasil pemeriksaan, JPJ Kuala Lumpur telah mengambil tindakan ke atas 7,307 motosikal.

"Daripada jumlah itu, 556 motosikal disita manakala 14,269 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas," katanya kepada pemberita semasa Op Sepadu di Plaza Tol Sentul Pasa,r di sini pada Rabu.

Op Sepadu itu turut melibatkan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Mohd Zaki berkata, tiga kesalahan tertinggi direkodkan iaitu tiada lesen memandu, cukai jalan serta insurans tamat tempoh membabitkan 10,944 kes.

Katanya, tindakan diambil di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1986 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya khususnya kesalahan yang menjadi punca utama kemalangan maut.

"JPJ menyeru dan mengalu-alukan semua orang awam untuk melaporkan aduan berkaitan salah laku di jalan raya secara terus melalui aplikasi MyJPJ, e-aduan@jpj atau emel ke aduantrafik@jpj.gov.my berserta dengan butiran lengkap aduan," ujarnya.

Artikel Berkaitan: