Kanak-kanak dikhuatiri lemas di Pantai Tanjong Buloh

KOTA TINGGI – Kegembiraan cuti sekolah bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi bersama tiga rakannya di Pantai Tanjong Buloh, Sedili Kecil, petang Selasa.
Komander Operasir dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Pegawai Bomba Kanan I Muhammad Hashim Ismail berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 1.17 petang.
Jelasnya, seramai 16 anggota dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Terdapat tiga mangsa iaitu Arman Hanif berusia 11 tahun, Mohamad Soleh Hazriq Mokhtar berusia 16 tahun dan Putra Aniq Fairuz Mohd Faizul berusia 11 tahun.
“Arman Hanif terselamat manakala Mohamad Soleh telah dijumpai dan diserahkan kepada ambulan untuk rawatan lanjut.
“Namun Putra Aniq Fairuz masih belum dijumpai,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, tindakan operasi semasa mencari mangsa tersebut dilakukan menggunakan teknik 'surface searching' di kawasan mangsa dilaporkan lemas.
Katanya, operasi masih berjalan sehingga kini.
Ringkasan AI
- Kegembiraan cuti sekolah bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Tanjong Buloh
- Panggilan kecemasan diterima pada jam 1.17 petang
- Seramai 16 anggota bomba dengan bantuan dua jentera FRT dan satu EMRS dikejarkan ke lokasi
- Tiga mangsa terlibat; dua selamat manakala satu masih belum dijumpai
- Operasi mencari menggunakan teknik 'surface searching' dan masih berjalan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

