'Jangan benarkan Rohingya gunakan nama beli kenderaan'

Mohd Misuari (du dari kanan) bersama Noor Haslina (kanan) menyampaikan lesen kepada penerima pada Majlis Penyerahan Lesen P Mylesen (B2) Percuma kepada 210 calon di Akademi Memandu KIST, Telong, Bachok pada Khamis.
Mohd Misuari (du dari kanan) bersama Noor Haslina (kanan) menyampaikan lesen kepada penerima pada Majlis Penyerahan Lesen P Mylesen (B2) Percuma kepada 210 calon di Akademi Memandu KIST, Telong, Bachok pada Khamis.
A
A
A

BACHOK - Rakyat tempatan yang memberi pinjam, sewa atau membenarkan nama mereka digunakan untuk membeli kenderaan warga asing berisiko untuk disenarai hitam.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, tindakan itu menyebabkan berlakunya pelanggaran undang-undang dan memberi risiko kepada pengguna jalan raya lain jika berlaku kemalangan.

"Apa yang kita terkilan, geran atas nama rakyat tempatan, apabila berlaku pelanggaran peraturan jalan raya tindakan akan dirujuk kepada pemilik tempatan dan mereka berisiko disenarai hitam mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Kita bukan hendak hukum tapi didik masyarakat kerana pemilikan kenderaan perlukan dokumentasi, kalau warga asing kena ada pengesahan kedutaan," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.

Sebelum itu beliau merasmikan Majlis Penyerahan Lesen P Mylesen (B2) Percuma kepada 210 calon di Akademi Memandu KIST (AMKIST), Telong, di sini.

Hadir sama, Pengarah Urusan AMKIST, Datin Noor Haslina Abdullah dan Ketua Pelesenan Memandu JPJ Kelantan, Apandi Jusoh.

Menurut Mohd Misuari, setakat ini JPJ Kelantan mengesan kebanyakan rakyat tempatan memberi sewa atau pinjam dan menggunakan nama mereka kepada warga asing khususnya etnik Rohingya.

Ujarnya, ia melibatkan kenderaan seperti motosikal, lori, pikap dan kereta.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, sejak Januari hingga kini sebanyak 196 kenderaan dipandu warga asing telah disita dalam operasi JPJ dan tidak dituntut dipercayai dimiliki warga tempatan.

"Penguatkuasaan membabitkan warga asing ini menunjukkan tanggungjawab JPJ bukan sahaja menumpukan undang-undang kepada masyarakat tempatan tetapi juga semua pihak," katanya.