Op Dadu: 12 individu ditahan termasuk seorang warga asing

Antara premis yang diperiksa dan barangan yang dirampas dalam Op Dadu Khas Judi Dalam Talian pada Jumaat. (Antara barangan yang dirampas polis.)
Antara premis yang diperiksa dan barangan yang dirampas dalam Op Dadu Khas Judi Dalam Talian pada Jumaat. (Antara barangan yang dirampas polis.)
A
A
A

JOHOR BAHRU – Polis menahan 12 individu membabitkan 11 lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing berusia 19 hingga 62 tahun hasil pemeriksaan terhadap 11 premis di sekitar negeri ini dalam Op Dadu Khas Judi Dalam Talian (JOL) dan loteri awam tanpa lesen (ENE) pada Jumaat.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis turut merampas beberapa barangan seperti 11 unit telefon bimbit pelbagai jenama, enam mobile printer dan wang tunai berjumlah RM1,257.00.

“Mulai 22 September hingga 5 Oktober 2023 sebanyak 275 premis telah diperiksa dan setakat ini 307 individu telah ditahan melibatkan 257 lelaki dan 50 wanita dengan pecahan 274 warga tempatan dan 33 warga asing.

“Pecahan jantina pula adalah 241 lelaki warga tempatan, 16 lelaki warga asing, 33 wanita warga tempatan dan 17 wanita warga asing berusia dalam lingkungan 18 hingga 66 tahun.

“Polis turut merampas 317 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 124 mobile printer dan wang tunai berjumlah RM54,608.00,” katanya.

Tambah Kamarul Zaman, mulai 1 Januari hingga 5 Oktober 2023, sebanyak 1,968 premis telah diperiksa dan seramai 2,134 ditahan melibatkan 1,911 lelaki dan 233 wanita dengan pecahan 1,974 warga tempatan dan 60 warga asing.

Menurutnya, pecahan jantina pula menyaksikan seramai 1,809 lelaki warga tempatan, 102 lelaki warga asing serta 165 warga tempatan dan 58 wanita warga asing yang kesemuanya berusia 18 hingga 70 tahun.

Artikel Berkaitan:

Antara individu yang ditahan dalam Op Dadu Khas Judi Dalam Talian dan loteri awam tanpa lesen pada Jumaat.
Antara individu yang ditahan dalam Op Dadu Khas Judi Dalam Talian dan loteri awam tanpa lesen pada Jumaat.

“Turut dirampas adalah seperti 2,236 unit telefon bimbit pelbagai jenama, mobile printer dan wan tunai berjumlah RM45,326.00.

“Kesemua premis yang terlibat dalam proses permohonan pembatalan lesen dan pemotongan bekalan elektrik namun masih menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kesemua individu terbabit telah dibawa ke mahkamah untuk permohonan tahanan reman sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) dan 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana menjaga atau mengurus atau membantu tempat perjudian terbuka.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang RM50,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman berkata, kejayaan operasi ini adalah hasil daripada maklumat dan risikan polis serta maklumat daripada orang awam.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat kegiatan perjudian dalam talian, orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan Polis Johor di talian 07-221 2999 atau 07-225 4677.