Rakyat Malaysia perlu terus sokong Lee Zii Jia

Perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia bersama jurulatihnya Wong Tat Meng selepas menundukkan juara dunia Kunlavut Vitidsan dari Thailand di pusingan ketiga acara badminton Sukan Asia Hangzhou 2022 di Gimnasium Binjiang pada Rabu. - Foto Bernama.
Perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia bersama jurulatihnya Wong Tat Meng selepas menundukkan juara dunia Kunlavut Vitidsan dari Thailand di pusingan ketiga acara badminton Sukan Asia Hangzhou 2022 di Gimnasium Binjiang pada Rabu. - Foto Bernama.
A
A
A

RAKYAT Malaysia perlu terus sokong pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia.

Seperti yang Merak Jalanan dan semua peminat badminton ketahui, Zii Jia antara harapan Malaysia untuk memenangi pingat di Sukan Asia yang berlangsung di Hangzhou, China.

Namun, prestasinya pada tahun ini dilihat goyah selepas dinobat berada di ranking kedua dunia pada Oktober tahun lalu sekali gus merupakan ranking terbaik dalam karier pemain dari Alor Setar, Kedah itu.

Sebagai peminat sukan badminton, kemerosotan kualiti tanpa sebarang kejuaraan tahun ini bagi pemain yang dianggap sebagai pengganti Datuk Lee Chong Wei amat menyedihkan.

Kali terakhir pemain yang memiliki kualiti teknik 'backhand smash' merangkul kejuaraan ialah pada Terbuka Thailand, 22 Mei tahun lalu.

Merak Jalanan percaya kemampuan pemain berusia 25 tahun itu membuktikan kualiti pada dirinya dalam temasya Sukan Asia yang sedang berlangsung.

Buktinya Zii Jia berjaya menyingkirkan jaguh dunia, Kunlavut Vitidsarn dari Thailand dengan kemenangan mengagumkan 10-21, 21-19, 21-6 dalam perlawanan kurang satu jam.

Dengan kebangkitan Zii Jia itu Merak Jalanan yakin pemain negara itu akan terus mengekalkan momentum sedia ada.

Artikel Berkaitan:

Sebagai penyokong usahlah kita menghina apabila kalah dan hanya menyanjung apabila menang.

Agak menyedihkan bila Merak Jalanan melihat ada rakyat Malaysia sendiri mengecamnya hingga Zii Jia dalam temu bual bersama media mengatakan 'jangan sentuh keluarga saya dan orang yang saya sayang'.

Sikap seumpama itu bukan sahaja membuatkan atlet negara semakin lemah, bahkan tidak membantu kepada kemajuan sukan dalam negara.

Ayuh sama-sama beri semangat kepada atlet negara kita sama ada dalam masa susah dan senang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!