Zii Jia terkandas di suku akhir

Lee Zii Jia - Foto Bernama
Lee Zii Jia - Foto Bernama
A
A
A

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terkandas di pusingan suku akhir Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas tewas kepada Prannoy Haseena Sunil Kumar dalam pertarungan tiga set penuh mendebarkan, pada Khamis.

Dalam aksi di Stadium Binjiang itu, Zii Jia bermula baik mendahului sehingga kedudukan 12-8 pada satu ketika sebelum dihambat oleh Prannoy membolehkan pemain India itu menang set pertama 21-16.

Zii Jia yang berada di ranking ke-16 dunia berjaya memperkemaskan permainan untuk menang 23-21 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Perlawanan sengit berterusan ke set ketiga, namun Prannoy lebih unggul untuk menewaskan Zii Jia 20-22.

Dalam pada itu, pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga gagal mara ke separuh akhir disekat wakil tuan rumah, Zheng Si Wei-Huang Ta Qiong.

Tang Jie-Ee Wei tewas dalam aksi straight set 14-21,21-23 kepada pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 itu.

Tiga lagi wakil negara akan turun ke gelanggang untuk cuba mendapatkan slot ke separuh akhir sebentar lagi iaitu Pearly Tan-M Thinaah yang akan bertemu beregu nombor dua dunia Baek Ha Na-Lee So Hee daripada Korea Selatan.

Perseorangan lelaki, Ng Tze Yong pula akan berdepan pemain nombor tiga dunia Kodai Naraoka dari Jepun manakala bekas juara dunia beregu lelak, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan dicabar beregu nombor lapan dunia dari China Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi.

Artikel Berkaitan: