‘The 100’, julang Nabi Muhammad sebagai tokoh paling berpengaruh di dunia

Kehidupan Nabi SAW dipenuhi dengan keanggunan akhlak dan sifat yang terpuji.
Kehidupan Nabi SAW dipenuhi dengan keanggunan akhlak dan sifat yang terpuji.
A
A
A

KEPERIBADIAN Baginda yang amat mulia telah meletakkan nama Rasulullah SAW sebagai tokoh nombor satu dari 100 tokoh paling berpengaruh dalam Ensiklopedia Oxford yang ditulis oleh Micheal H Hart.

The 100 merupakan buku karya ahli sejarah terkenal Michael H. Hart yang diterbitkan pada tahun 1978. Buku ini memuatkan 100 tokoh yang memiliki pengaruh paling besar dan kuat dalam sejarah manusia.

Sedikit petikan daripada buku tersebut menyatakan;

"Pemilihan Nabi Muhammad SAW pada kedudukan pertama dalam senarai 100 orang yang paling berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan dan menjadi tanda tanya kepada sebahagian pembaca.

“Tetapi saya berpegang kepada keyakinan bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW ialah seorang insan tunggal dalam sejarah yang telah mencapai kejayaan luar biasa dalam menegakkan syiar agama Islam kepada umat manusia keseluruhannya."

Begitulah pengakuan jujur seorang penulis Barat tentang junjungan Rasulullah SAW dan kita seharusnya meraikannya penghormatan itu bukan dengan satu senyuman sahaja, sebaliknya jadikan gaya hidup Nabi SAW sebagai ikutan kita.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Akhlak Nabi pedoman sepanjang hayat

Kehidupan Nabi SAW dipenuhi dengan keanggunan akhlak yang terpuji, demikian apa yang diutarakan oleh Pensyarah Kanan Politeknik Muadzam Shah, Rizal Azman Rifin.

Ujarnya, kehidupan Nabi SAW dipenuhi dengan keanggunan akhlak yang terpuji ini perlu kita contohi dalam menjalani kehidupan di dunia. Potret peribadi Nabi diwarnai dengan akhlak agung menjadi ikutan sekalian sahabatnya semasa era baginda dulu.

“Antaranya ialah sikap sabar. Seluruh perjalanan hidup Baginda banyak ditunjangi dengan amalan sikap teragung ini. Misalnya sejak kecil lagi Nabi dilanda arus kesusahan hidup sebagai anak yatim piatu, malah bersabar menghadapi kehidupan dalam situasi penuh daif dan miskin.

“Tatkala diangkat sebagai rasul, kehidupannya menjadi semakin dihimpit pelbagai penderitaan lantaran ancaman dan seksaan daripada kaumnya sendiri yang menentang seruan dibawanya.

“Nilai sikap sabar inilah sewajarnya menjadi amalan. Buktikan kecintaian kita kepada Nabi itu tidak hanya manis di bibir sahaja, tetapi dalam perjalanan hidup kita corakkan dengan nilai peribadi buruk yang bertentangan dengan apa yang telah ditunjukkan oleh Baginda,” katanya.

Tambah beliau lagi, selain sikap sabar, Nabi sentiasa mempamerkan akhlak peribadi mulia yang lain seperti amanah dan jujur.

“Malah Nabi SAW berpesan kepada kita dengan sabdanya: "Enam perkara yang dapat menjamin kalian masuk syurga; jujurlah jika berbicara, tepatilah jika berjanji, laksanakanlah (amanah) jika kalian dipercayai, peliharalah kemaluanmu, jagalah pandanganmu dan tahanlah tanganmu" (Hadis Riwayat Ahmad).

“Aspek tawaduk atau sikap merendah diri juga sewajarnya kita teladani. Keseluruhan hidup Nabi SAW sejak kecil, ketika alam remaja mahupun semasa diangkat sebagai rasul, nilai peribadi tawaduk itu tidak pernah tercicir dan terpinggir dalam lilitan peribadinya.

“Apa yang lebih utama kepada kita sebagai umatnya ialah menyusuri jejak sunahnya serta meneladani gaya kehidupan yang telah ditunjukkannya. Kita sewajarnya menjadikan Nabi SAW sebagai idola dan ikon agar setiap sisi kehidupan menepati kehendak agama sebagaimana dipaparkan dalam sirahnya”, titipnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!