Bos mafia paling digeruni meninggal dunia kerana barah

ROM - Bos mafia Sicily paling digeruni, Matteo Messina Denaro meninggal dunia pada usia 61 tahun di sebuah hospital di tengah Itali, menurut pihak berkuasa pada Isnin.
Messina Denaro menerima rawatan barah kolon ketika dia ditempatkan di sebuah penjara dilengkapi kawalan keselamatan ketat di L'Aquila sebelum dipindahkan ke hospital pada bulan lalu berikutan keadaan kesihatannya semakin merosot.
Media tempatan melaporkan dia berada dalam keadaan koma sejak Jumaat lalu.
Messina Denaro merupakan salah seorang bos mafia paling kejam di Cosa Nostra dan kegiatan sindiket jenayah itu pernah dipaparkan menerusi filem trilogi, The Godfather.