PH harap tiga Exco dalam Kerajaan Perpaduan di Johor

JOHOR BAHRU - Hubungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang kukuh di Johor, diyakini akan diterjemahkan dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri ini.
Timbalan Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, perubahan perlu dilakukan agar wakil-wakil daripada Pakatan Harapan (PH) dapat dilantik sebagai Exco negeri.
"Saya mengharapkan ada sedikit perubahan atau pendekatan baharu, di mana wakil-wakil dari PH boleh duduk di peringkat kerajaan negeri
"Dari segi kedudukan, mungkin tiga Exco negeri kepada PH, itu sudah baik dan menandakan kerjasama BN-PH di Johor.