Tiada keperluan tubuh Kerajaan Perpaduan - Pemuda UMNO Johor

Noor Azleen (empat dari kiri) dan Muhd Rosdi (tiga dari kiri) beramah mesra dengan penerima selepas Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan PTPTN di Dewan Serbaguna Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang pada Isnin.
Noor Azleen (empat dari kiri) dan Muhd Rosdi (tiga dari kiri) beramah mesra dengan penerima selepas Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan PTPTN di Dewan Serbaguna Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang pada Isnin.
A
A
A

PASIR GUDANG - Isu pembentukan Kerajaan Perpaduan di Johor tidak perlu dibangkitkan ketika ini sebaliknya tumpuan harus diberi terhadap masalah rakyat yang berdepan kos sara hidup tinggi dan ketiadaan bekalan bahan makanan.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata, ini termasuk cadangan membentuk Sekretariat Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri kerana tiada keperluan berbuat demikian dan cukup dengan hanya penubuhannya di peringkat Pusat.

"Saya tidak rasa itu yang rakyat mahukan. Rakyat hari ini mengharapkan pemimpin dan orang politik fikir tentang mereka, soal bekalan makanan dan keperluan asas yang tak cukup, soal beras dan bekalannya serta soal bagaimana kerajaan nak uruskan secara efektif kos sara hidup.

"Jadi orang pilitik saya minta cukup-cukuplah kita bincang pasal tubuh jawatankuasa sekretariat yang hanya untuk tertumpu untuk soal kita agih-agihan kuasa. Apa yang paling mustahak hari ini rakyat nak dengar dan nak tahu apa orang politik nak buat.