Tiada keperluan mendesak tubuh Kerajaan Perpaduan di Johor

JOHOR BAHRU - Gesaan agar Johor menubuhkan Kerajaan Perpaduan sebagaimana di peringkat Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kompisisi wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bukanlah perkara baharu yang diperkatakan.
Selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, pandangan tentang penubuhan Kerajaan Perpaduan kedengaran daripada beberapa pemimpin PH.
Kerjasama erat dijalin antara PH-BN pada PRK tersebut sehingga membawa kemenangan besar kepada calon PH, dijadikan sandaran kepada pembentukan hubungan lebih kukuh di peringkat Kerajaan Johor.
Beberapa pimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO pula berpendirian pentadbiran Kerajaan Johor di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang memiliki majoriti dua pertiga di DUN Johor perlu dikekalkan.