Dasar ekonomi kerajaan perlu jelas - Pakar ekonomi

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu jelas sekiranya berhasrat untuk memperkenalkan sesuatu dasar ekonomi bagi mengelak sebarang kesan negatif kepada negara.
Ketua Ekonomi Bank Islam, Firdaos Rosli berkata, ini kerana kedudukan ekonomi negara diimbangi dengan dua dasar iaitu fiskal dan monetari yang mempunyai fungsi dan peranan berbeza.
Mengambil contoh langkah kerajaan untuk meneliti kemungkinan untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST), Firdaos berkata, keputusan itu perlu jelas sama ada ingin dilaksanakan kembali atau sebaliknya.
"Kerajaan kalau hendak buat sesuatu dasar perlu sangat jelas (dengan dasar baharu). Sebagai contoh hendak kaji semula GST dan sistem saraan baharu sektor awam. Tidak boleh cakap akan diteliti dan sebagainya kerana dasar monetari dan fiskal ini sangat berbeza.