Muda tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan demi prinsip

Syed Saddiq
Syed Saddiq
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) keluar dari blok Kerajaan Perpaduan bukan disebabkan pemimpinnya mahukan imbuhan atau jawatan.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, tuduhan yang dilemparkan terhadap Muda adalah kerana dirinya konsisten dalam perjuangannya sejak dahulu hinggalah sekarang.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, dirinya berpolitik untuk membangunkan negara dan mencari solusi untuk membela rakyat.

“Bukan seperti segelintir yang sanggup menipu rakyat (secara) terang-terang. Tangan kiri lawan rasuah, tangan kanan bebaskan perasuah.

“Kalau saya mahu jawatan dan keselesaan, lebih baik saya 'play safe' dan membisukan mulut. Jadi ‘pak turut’ tapi itu bukan Syed Saddiq!” tegasnya dalam kenyataan di Facebook pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Mohd Puad Zarkashi yang mendakwa Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meninggalkan blok kerajaan adalah ‘helah’ untuk beliau menuntut jawatan dalam pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, sesiapa pun boleh melihat bagaimana jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diagihkan hari ini sebagai hadiah politik.

“Saya lawan kerana saya tidak mahu Malaysia menormalisasikan rasuah.

“Jika saya pentingkan diri, saya sudah senyap sejak 2015.

“Saya lepaskan Masters di Universiti Oxford dua kali, biasiswa sahaja RM500,000,” katanya.

Syed Saddiq berkata, dia pernah hilang pendapatan sebagai pensyarah sambilan, pegawai penyelidik dan jurulatih debat hanya kerana kelantangannya bersuara.

“Tahun 2020 bila Langkah Sheraton berlaku saya ditawarkan jawatan menteri dan selepas itu, jawatan GLC, saya tolak juga atas faktor prinsip,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kerajaan hilang majoriti dua pertiga

'Kalian semua juga perlu kosongkan kerusi' - Syed Saddiq

Semoga episod ngeri bersama Muda jadi pengajaran - Fadhli Umar

Muda tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan - Syed Saddiq

Syed Saddiq menang di Muar dengan sokongan DAP, PH - Anthony Loke

'Tarik sahaja sokongan kalau Muda anak jantan tulen' - Mohd Puad

Muda tahu impak tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan - Saifuddin

Muda ancam tarik sokongan Kerajaan Perpaduan