RMK12: Perolehan bekalan senjata ATM ditentukan pakar, elak ketirisan

Perolehan bekalan senjata yang diperlukan oleh ATM akan ditentukan oleh pakar berkaitan sebagai usaha untuk mengelak daripada sebarang ketirisan. - Gambar hiasan
Perolehan bekalan senjata yang diperlukan oleh ATM akan ditentukan oleh pakar berkaitan sebagai usaha untuk mengelak daripada sebarang ketirisan. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perolehan bekalan senjata yang diperlukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan ditentukan oleh pakar berkaitan sebagai usaha untuk mengelak daripada sebarang ketirisan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, selain itu, kebanyakan urusan bagi perolehan aset akan dibuat menerusi pendekatan kerajaan dengan kerajaan (G2G) melibatkan negara masing-masing.

"Kesiapsiagaan pertahanan melalui perolehan aset tambahan akan terus diperkukuh bagi memodenkan ATM yang bertugas sebagai benteng keselamatan negara.

"Kerajaan bersetuju untuk terus memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan melalui perolehan aset tambahan seperti kenderaan perisai, dron, kapal misi pesisir, helikopter dan pesawat tempur ringan," kata beliau ketika membentangkan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) di Dewan Rakyat pada Isnin.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pengukuhan keselamatan dan pertahanan negara mensyaratkan agar ketirisan dalam tatacara perolehan aset

Selain itu, Anwar berkata, kerajaan akan mengoptimumkan kawalan keselamatan di sempadan negara melalui beberapa projek antaranya menaik taraf pusat kawalan operasi dan pembinaan baharu pangkalan operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

"Kerajaan juga akan menaik taraf Sistem Pengawasan Maritim Laut dan menara radar penderiaan jauh, menaik taraf serta membina Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan di pintu masuk terpilih,” kata beliau.

Turut dilaksanakan pembinaan baharu pos kawalan keselamatan ATM di sepanjang sempadan Sabah dan Sarawak dengan Indonesia selain membangunkan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Bintulu, Sarawak.

Artikel Berkaitan:

Anwar turut memaklumkan Dewan Rakyat bahawa hampir 55,000 kes jenayah siber dengan nilai kerugian mencecah RM1.8 bilion dilaporkan bagi tempoh 2021 hingga Julai lepas.

Sehubungan itu, kerajaan akan meminda undang-undang sedia ada bagi meningkatkan keberkesanan memerangi kegiatan jenayah siber, katanya. - Bernama