Beri kuasa negeri gubal undang-undang jenayah syariah - ABIM

SHAH ALAM - Pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan undang-undang jenayah syariah dalam bidang kuasa negeri perlu dilaksanakan.
Menurut Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sudah sampai masa kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencari penyelesaian kepada isu pentadbiran agama Islam menerusi bidang kuasa negeri dan Mahkamah Syariah agar pertikaian bidang kuasa yang disepakati sebelum ini tidak berulang.
Menurutnya, jalan penyelesaian yang dirintis seharusnya menjurus kepada langkah untuk pengharmonian kedua-dua bidang kuasa iaitu syariah dan sivil, dalam masa yang sama meneruskan usaha untuk memperkasa Mahkamah Syariah.
"Maka, wujud keperluan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan 'undang-undang jenayah' dalam Senarai III – Senarai Bersama Persekutuan & Negeri, Jadual Kesembilan, dengan menzahirkan kesalahan jenayah Syariah berada dalam bidang kuasa negeri.