Eksplorasi Merdeka Rapid KL 2.0 disertai hampir 800 peserta

Mohd Azharuddin (dua dari kanan) melakukan flag off Program Eksplorasi Merdeka 2.0 di pekarangan LRT Bukit Jalil pada Khamis. - Foto Bernama
Mohd Azharuddin (dua dari kanan) melakukan flag off Program Eksplorasi Merdeka 2.0 di pekarangan LRT Bukit Jalil pada Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menganjurkan Eksplorasi Merdeka Rapid KL 2.0 (EMRKL 2.0).

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, program yang memasuki tahun kedua penganjuran berjaya menarik hampir 800 peserta, melibatkan 200 kumpulan.

"Jumlah penyertaan pada kali ini meningkat empat kali ganda berbanding tahun lepas dengan 200 peserta daripada 50 kumpulan," katanya selepas melepaskan peserta di Stesen LRT Bukit Jalil di sini pada Khamis.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut hadir bagi meninjau peserta EMRKL 2.0.

Mohd Azharuddin (kanan) bersembang bersama peserta Program Eksplorasi Merdeka 2.0 di pekarangan LRT Bukit Jalil pada Khamis. - Foto Bernama
Mohd Azharuddin (kanan) bersembang bersama peserta Program Eksplorasi Merdeka 2.0 di pekarangan LRT Bukit Jalil pada Khamis. - Foto Bernama

Beliau berkata, melalui program bertemakan budaya dengan misi memupuk perpaduan itu, peserta perlu pergi ke tujuh check-point dan lokasi terpilih di jajaran rel Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), monorel dan bas Rapid KL di sekitar bandar raya Kuala Lumpur sebelum kembali semula ke Stesen LRT Bukit Jalil.

Penganjuran EMRKL yang berasaskan 'explorace' itu bertujuan meraikan kepelbagaian budaya di Malaysia selari dengan tema sambutan Hari Kebangsaan 2023 iaitu Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.

Pelbagai aktiviti dan misi menarik diselitkan dengan tema kemerdekaan serta budaya yang perlu diselesaikan oleh peserta di lokasi dan check-point tertentu di sepanjang rangkaian rel dan bas Rapid KL di sekitar ibu negara.

Artikel Berkaitan:

Tugasan yang berikan kepada peserta memerlukan pemikiran aras tinggi dan kreativiti bagi membolehkan mereka menyelesaikan misi hingga ke garisan penamat.

Pemenang EMRKL 2.0 membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, naib johan pula menerima RM2,500 dan manakala tempat ketiga memenangi RM1,500.