AEON Mall Klebang dikosongkan angkara ancaman bom

Anggota Polis mengawal keadaan di luar bangunan pusat beli-belah di AEON Klebang pada Rabu. - Foto Bernama
Anggota Polis mengawal keadaan di luar bangunan pusat beli-belah di AEON Klebang pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

IPOH - Bangunan pusat beli-belah AEON Mall Klebang di sini dikosongkan berikutan panggilan dipercayai ancaman bom.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan menghantar pasukan polis dan bantuan bomba untuk memeriksa lokasi terbabit.

Beliau berkata, panggilan ancaman telah diterima oleh pekerja premis itu petang tadi.

Orang ramai menunggu di luar bangunan pusat beli-belah di AEON Klebang dipercayai susulan panggilan ancaman bom. - Bernama
Orang ramai menunggu di luar bangunan pusat beli-belah di AEON Klebang dipercayai susulan panggilan ancaman bom. - Bernama

Menurut seorang pekerja yang dikenali sebagai Aishah, 20, pada kira-kira 5.30 petang, loceng amaran dibunyikan dan para pekerja serta pelanggan diarah keluar dari bangunan empat tingkat itu.

Katanya, polis bantuan turut memaklumkan operasi pusat beli-belah itu akan dihentikan hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh di lokasi kejadian.

Bangunan itu juga didapati telah dikosongkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: