Kereta masuk gaung: Seorang maut, dua lagi dikejarkan ke hospital

KUALA LIPIS – Seorang mangsa maut manakala dua lagi dikejarkan ke hospital selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Jalan Utama Kampung Berchang di sini kira-kira jam 9.56 malam Jumaat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis digerakkan ke lokasi sejauh 26 kilometer.
Menurutnya, seorang mangsa didapati tersepit manakala dua lagi mengalami kecederaan sebaik pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

"Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat.
"Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, dua mangsa yang cedera dibawa ke hospital berdekatan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

