Staf bawahan takut lapor perbuatan rasuah

Sikap tidak berani orang bawahan untuk melaporkan salah laku pegawai atasan menjadi salah satu penyebab pegawai tertinggi kerajaan mudah untuk melakukan jenayah rasuah. (Gambar hiasan) - Gambar kecil dari kiri: Hamdan dan Badlishah Sham
Sikap tidak berani orang bawahan untuk melaporkan salah laku pegawai atasan menjadi salah satu penyebab pegawai tertinggi kerajaan mudah untuk melakukan jenayah rasuah. (Gambar hiasan) - Gambar kecil dari kiri: Hamdan dan Badlishah Sham
A
A
A

SHAH ALAM - Mempunyai kuasa untuk menentukan penganugerahan projek kepada individu yang mereka sukai, dilihat salah satu punca pegawai tertinggi kerajaan cenderung untuk mengambil rasuah.

Pengerusi Rasuah Busters Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Profesor Dr Hamdan Daniel M Sharib berkata, selain itu sikap tidak berani orang bawahan untuk melaporkan salah laku pegawai atasan menjadi salah satu penyebab pegawai tertinggi kerajaan mudah untuk melakukan jenayah itu.

“Mereka mungkin terlalu berkuasa hingga sukar pihak lain untuk membuat aduan atau mengambil tindakan sewajarnya akibat takut kepada pegawai terlibat bertindak ke atas mereka dan sebagainya.

“Kuasa luluskan projek atau memberi tender juga berada di tangan mereka, jadi peluang dan ruang wujud untuk pegawai atasan melakukan rasuah,” katanya kepada Sinar Ahad.

Beliau mengulas pendedahan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengenai penglibatan penjawat awam gred 54 dalam rasuah yang membimbangkan.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berpendapat bahawa mereka ini mempunyai banyak 'ruang dan peluang' untuk melakukan rasuah.

Jelasnya, pegawai awam gred 54 adalah gred tertinggi dalam kumpulan pengurusan dan profesional serta biasanya mereka adalah pengarah bahagian operasi kementerian dan agensi kerajaan.

“Pembabitan mereka dalam proses membuat keputusan akan terjejas jika mereka dipengaruhi oleh pihak luar akibat rasuah terutama jika terbabit dalam proses perolehan aset,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!