Kerjasama masyarakat untuk hapus rasuah

Pihak berkuasa dan masyarakat perlu bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan di peringkat kerajaan negeri atau Persekutuan bagi melaporkan jenayah rasuah melibatkan ahli politik dan mana-mana yang berkaitan dalam usaha untuk membangunkan komuniti berintegriti. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Wan Muhammad Hafizzul)

A
A
A

SHAH ALAM - Pihak berkuasa dan masyarakat perlu bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan di peringkat kerajaan negeri atau Persekutuan bagi melaporkan jenayah rasuah melibatkan ahli politik dan mana-mana yang berkaitan dalam usaha untuk membangunkan komuniti berintegriti.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang, Wan Muhammad Hafizzul Wan Ismail berkata, mereka perlu mempunyai rasa takut dengan tindakan penguatkuasaan seperti hukuman penjara atau diberhentikan serta-merta daripada perkhidmatan.

“Semua orang perlu takut dan ambil iktibar kerana kesan daripada amalan rasuah sangat buruk, ia perbuatan yang tidak beretika.

“Tindakan mempengaruhi sesuatu keputusan dengan merasuah akan memperolehi kelebihan yang bukan sepatutnya dimiliki mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Wan Muhammad Hafizzul yang juga Ahli Majlis Tertinggi Rasuah Busters Negeri Pahang berpandangan, penguatkuasaan berkenaan rasuah perlu diambil serius kerana ia membawa kemudaratan dan menggugat kestabilan politik terhadap pentadbiran kerajaan negeri atau Persekutuan.

“Segelintirnya dalam keadaan terdesak dan terlalu mementingkan duit, namun tidak mementingkan perjuangan dan pengorbanan.

“Agama Islam juga melarang orang ramai untuk terlibat dalam gejala rasuah kerana terlalu banyak kesan yang memberi mudarat,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: