Sanusi minta hentikan isu tayang kertas undi

Sanusi
Sanusi
A
A
A

ALOR SETAR - Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta agar isu beliau menayang kertas undi kepada petugas media pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu tidak dibesarkan lagi.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, tindakan berkenaan didakwa tidak menyalahi undang-undang dan meminta isu tersebut dihentikan.

"Diam-diam sudah lah. Katup-katup (tutup) lah cerita itu, bukan ada kesalahan apa pun.

Sebenarnya tidak ada kesalahan Seksyen 39, itu adalah berkaitan petisyen pilihan raya, bukan mempamerkan (kertas undi) ketika mengundi.

"Peguam hakim semua rujuk dah, pi (pergi) baca pi baca," katanya pada sidang akhbar selepas Program Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kedah di sebuah pasar raya, dekat sini pada Selasa.

Muhammad Sanusi menyerahkan jalur gemilang kepada seorang pengunjung sempena Program Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kedah di sebuah pasar raya, Alor Setar pada Selasa.
Muhammad Sanusi menyerahkan jalur gemilang kepada seorang pengunjung sempena Program Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kedah di sebuah pasar raya, Alor Setar pada Selasa.

Pada Selasa, media melaporkan polis akan memanggil Muhammad Sanusi berhubung tindakannya menayangkan kertas undi kepada petugas media ketika proses pengundian PRN pada Sabtu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan berkaitan kejadian tersebut dijalankan bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, polis sedang melihat 'cadangan-cadangan' yang bersesuaian termasuklah mengikut Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Bagaimanapun, pada Isnin Muhammad Sanusi dilaporkan mendakwa tidak berniat untuk menayang kertas undi miliknya semasa membuang undi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya Sabtu lalu.

Menurutnya, kejadian itu berlaku secara spontan kerana melayan kehendak petugas media yang memintanya berpusing ke kanan dan kiri.

ARTIKEL BERKAITAN:

PRN: Sanusi didakwa 'tayang' kertas undi, langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954

Pamer kertas undi, polis akan panggil Sanusi masa terdekat - KPN

'Saya tak berniat pamer kertas undi' - Sanusi

Kedah tidak akan diskriminasi bukan Melayu

Lantikan Exco Kedah dalam minggu ini - Sanusi

'Saya maafkan semua termasuk Saifuddin' - Sanusi

Sanusi beri jaminan ADUN PN tidak akan terpalit rasuah

Sanusi selesai angkat sumpah Menteri Besar Kedah