Gadis Cina luah rasa cinta kepada negara menerusi puisi

Hasni (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Johor di SMK Parit Betak, Benut. (Gambar kecil: Huey Mei)
Hasni (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Johor di SMK Parit Betak, Benut. (Gambar kecil: Huey Mei)
A
A
A

PONTIAN - Menjadi satu-satunya peserta bukan Melayu yang menyertai Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Johor, membuatkan Lim Huey Mei, 22, agak gementar.

Namun, Huey Mei yang merupakan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru ( IPG ) Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru juga teruja kerana diberikan peluang mendeklamasikan puisi "Rumah Ini Rumah Kita" tulisan Mohamad Khatim Othman.

Beliau memberitahu penyertaan dalam acara seumpama ini merupakan satu peluang untuknya meraikan kemerdekaan negara selain belajar cara yang betul untuk mendeklamasikan sajak.

"Saya mengambil masa setengah bulan untuk menghafal puisi. Saya juga belajar cara yang betul untuk mendeklamasikan sajak supaya tidak gugup ketika berada di atas pentas.

"Ini kali pertama saya menyertai sayembara deklamasi puisi. Saya berbangga kerana dapat menyatakan rasa cinta saya kepada negara menerusi puisi ini," katanya yang berasal dari Melaka.

Huey Wei merupakan antara 30 peserta yang mengambil bahagian dalam sayembara yang diadakan Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK ) Parit Betak, Benut, baru-baru ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Kawasan Benut, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Artikel Berkaitan:

Para peserta Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Johor bergambar kenangan
Para peserta Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Johor bergambar kenangan

Turut hadir, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, Mohd. Riduwan Wahab dan Ketua Satu, Persatuan Penulis Johor ( PPJ ), Amiruddin Md. Ali Hanafiah dan Pegawai Pendidikan Daerah ( PPD ) Pontian, Abdul Rahman Salleh.

Sementara itu, Hasni dalam ucapannya berkata, pembacaan puisi merupakan satu acara yang penting untuk menyuarakan perasaan rakyat negara ini setiap menjelang 31 Ogos.

Katanya, ramai penulis terkenal menjadi tulisan sajak dan puisi mereka sebagai satu cara untuk menyemarakkan semangat patriotik rakyat di negara ini supaya menghargai dan memahami erti kemerdekaan.

“Tahniah kepada pihak-pihak yang menganjurkan acara seperti ini termasuk DBP dan PPJ yang mengadakannya pada setiap tahun menjelang sambutan hari kemerdekaan.

"Saya harap lebih ramai penyajak dapat dilahirkan di negeri Johor bagi meneruskan kesinambungan penulis sebelum ini," katanya.