Hubungan Pas, Bersatu tidak retak - Sanusi

Sanusi hadir bersama isterinya, Tok Puan Jusmalailani Jusoh (kanan) ketika tiba di pejabatnya di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman hari ini. Turut sama ibu bapa beliau, Md Nor Taib (dua dari kiri) dan Meriam Ahmad (dua dari kanan).
Sanusi hadir bersama isterinya, Tok Puan Jusmalailani Jusoh (kanan) ketika tiba di pejabatnya di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman hari ini. Turut sama ibu bapa beliau, Md Nor Taib (dua dari kiri) dan Meriam Ahmad (dua dari kanan).
A
A
A

ALOR SETAR - Hubungan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sentiasa harmoni dan tidak terjejas dengan dakyah-dakyah dilemparkan pihak lawan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, keserasian dua pihak ini tidak pernah tergugat sama ada di peringkat negeri mahupun nasional.

Menurutnya, disebabkan kesepakatan yang terjalin itu juga menyebabkan berlaku kemenangan besar di Kedah termasuk lima lagi negeri yang berdepan pilihan raya negeri (PRN).

“Orang saja buat reka cerita bagi panas. Kami okay, tak ada apa-apa pun. Dunia ni kalau tak reka cerita sejuklah, yang panas tu sebab kes reka cerita,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Darul Aman selepas selesai mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah di Istana Anak Bukit pada Isnin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan berlaku pertikaian mengenai pelantikan Menteri Besar Kedah, yang dikatakan jawatan itu dituntut oleh Bersatu.

Muhammad Sanusi bagaimanapun percaya spekulasi itu sengaja diadakan bagi merenggangkan hubungan baik Pas-Bersatu setelah PRN berakhir.

“Tak ada (dakwaan itu), harmoni lah. Keserasian itu tak tergugat dengan apa-apa isu pun. Bersatu dengan Pas setakat ni okay.

“Di Kedah aman, kami semua ibarat adik-beradik, semua kawan-kawan dalam politik ini. Kita berkawan dengan semua orang, tak rugi,” jelasnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menafikan kenyataan tular di media sosial berhubung Pas menolak cadangan ADUN Bersatu (Jitra), Haim Hilman Abdullah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

Beliau dilaporkan berkata, kenyataan bertarikh 11 Ogos itu adalah palsu.

Menerusi kenyataan tular itu memaklumkan, Mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas yang berlangsung memutuskan antara lain, Bersatu menuntut jawatan Menteri Besar diberikan kepada calon parti itu.

Sehari sebelum hari pengundian, Takiyuddin mengumumkan, Muhammad Sanusi dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, masing-masing kekal sebagai Menteri Besar Kedah dan Terengganu jika PN menang PRN.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kedah tidak akan diskriminasi bukan Melayu

Lantikan Exco Kedah dalam minggu ini - Sanusi

'Saya maafkan semua termasuk Saifuddin' - Sanusi

Sanusi beri jaminan ADUN PN tidak akan terpalit rasuah

Sanusi selesai angkat sumpah Menteri Besar Kedah