PRN: Calon PH didakwa langgar peraturan

Kertas cetakan seperti kertas undi didakwa diedarkan kepada orang ramai di luar pusat mengundi.
Kertas cetakan seperti kertas undi didakwa diedarkan kepada orang ramai di luar pusat mengundi.
A
A
A

SEBERANG JAYA - [DIKEMAS KINI] Calon Perikatan Nasional (PN) Seberang Jaya, Izhar Shah Arif Shah kesal dengan tindakan pihak lawan yang didakwa mengedarkan cetakan kertas seakan-akan kertas undi untuk diedarkan kepada orang ramai pada hari pengundian.

Menurutnya, cetakan kertas itu dikatakan diedarkan di khemah milik Pakatan Harapan (PH) berhampiran pusat pengundian.

"Saya amat kecewa dan terkilan apabila mendapati ada barung dan khemah milik PH yang memiliki atau mengedarkan cetakan berupa kertas undi termasuklah di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya.

"Perbuatan kotor ini adalah amat jelas menyalahi Seksyen 3(1)(j) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Izhar berkata, perbuatan itu juga boleh disifatkan sebagai aktiviti berkempen di luar tempoh berkempen yang menyalahi Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Menurutnya, laporan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis akan dilakukan.

Beliau menyeru semua penyokong PN termasuklah ejen mengundi dan mengira agar memberi sepenuh perhatian dalam melawan tindakan yang melanggar undang-undang ini.

Dalam pada itu Sinar Harian sedang mendapatkan maklum balas daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai perkara ini.

Artikel Berkaitan:

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

ARTIKEL BERKAITAN: PRN: Calon PH didakwa langgar peraturan

Hasrat warga emas mengundi tak kesampaian

Kecoh peti undi tidak diikat

PRN Kedah: Terkejut tak dapat mengundi, nama telah digunakan