Orang awam lapor polis dakwa calon BN cuba sogok pengundi

Mohd Hilmi (dua dari kiri) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di IPD Kuala Terengganu pada Selasa.
Mohd Hilmi (dua dari kiri) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di IPD Kuala Terengganu pada Selasa.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sekumpulan individu membuat laporan polis mendakwa calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu melakukan tindakan berunsur sogokan kepada pengundi ketika berkempen di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Ogos lalu.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira jam 11 pagi pada Selasa.

Mohd Hilmi Jusoh, 33 berkata, beliau bersama beberapa individu lain yang merupakan pengundi terpanggil untuk membuat laporan polis selepas mendapati calon berkenaan telah melanggar peraturan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Berdasarkan bukti yang diperoleh melalui media sosial kita dapati berlaku sogokan ketika proses kempen di Pangsapuri Ladang Gemilang, di sini pada 4 Ogos lalu.

"Ia berlaku ketika program 'Tukar Minyak Hitam' bersama beberapa petugasnya yang dihadiri oleh kumpulan 'rider'.

"Calon itu berada di situ dan ada bukti bergambar menunjukkan beliau menuang sendiri minyak hitam ke dalam motosikal salah seorang penerima," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di sini, pada Selasa.

Jelas Mohd Hilmi, kesalahan itu termaktub dibawah Seksyen 8,9, atau 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang melibatkan larangan program penjamuan, pemberian hadiah atau perkhidmatan.

"Kita harap laporan ini mendapat parhatian dan tindakan pihak berkuasa supaya setiap parti yang bertanding dapat mengikut sepenuhnya apa yang digariskan oleh SPR,"ujarnya.

Artikel Berkaitan: