NGO lapor polis dakwa orang kanan PM ganggu tugas polis

Mohd Amir (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Ipoh pada Jumaat.
Mohd Amir (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Ipoh pada Jumaat.
A
A
A

IPOH - Pihak berkuasa diminta menyiasat kandungan satu video tular yang dikatakan menyentuh sensitiviti agama mengaitkan tugas polis dan orang kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tambun.

Ketua Komunikasi Pertubuhan Kebajikan Amal Yaqin Bersaudara Ipoh, Mohd Amir Ikram Kamaruddin berkata, video berdurasi satu minit dan 42 saat itu dikongsi di media sosial terutama aplikasi WhatsApp sepanjang kempen pilihan raya negeri (PRN) lalu.

Menurutnya, kandungan video itu antara lain mendakwa seorang individu menggunakan jawatan sebagai pegawai khas kanan Perdana Menteri telah menekan polis untuk meluluskan permit bagi satu perarakan upacara keagamaan di jalan utama Klebang.

"Dalam video berkenaan dinyatakan polis mencadangkan perarakan menggunakan jalan alternatif lain bagi mengelak kesesakan dan menjaga sensitiviti semua pihak, namun perkara itu tidak dipersetujui.

"Individu itu kemudiannya menggunakan kedudukan jawatan dimiliki bagi menekan polis meluluskan permit sepertimana permohonan dibuat," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, dekat sini pada Jumaat.

Beliau berkata, sekiranya perkara itu benar berlaku, maka siasatan dan tindakan tegas perlu dikenakan terhadap individu berkenaan kerana mengganggu tugas polis.

Malah katanya, tindakan individu berkenaan juga boleh menggugat keharmonian kaum terutama di kawasan Tambun.

"Kita tidak mahu video ini akan jadi isu besar dalam kalangan masyarakat.

Artikel Berkaitan:

"Pada masa sama, kita juga minta jasa baik Perdana Menteri yang merupakan Ahli Parlimen Tambun untuk memastikan perkara sebegini tidak berulang pada masa akan datang," katanya.