Isu KLIA: SPRM wajar diberikan kuasa lebih besar - MCA

Jurucakap Pemuda MCA, Lee Yee Yuan
Jurucakap Pemuda MCA, Lee Yee Yuan
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku badan bebas perlu diperkasakan lagi dengan sokongan daripada semua pihak.

Jurucakap Pemuda MCA, Lee Yee Yuan berkata, agensi berkenaan wajar diberikan kuasa yang lebih besar termasuk ruang secukupnya untuk memberikan penjelasan di Parlimen terutamanya bagi kes melibatkan kepentingan awam.

“Rakyat sedang memerhati dan mahu melihat negara bebas daripada amalan rasuah yang merosakkan masyarakat serta negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan, SPRM sudah mengenal pasti individu yang dipercayai menjadi ejen membawa masuk warga China semasa insiden kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, beliau tidak menolak ejen yang meminta suapan sebanyak RM18,000 itu masih berada di dalam negara.

Menurut Yee Yuan, pihaknya memuji kerja keras SPRM dalam memerangi gejala rasuah membabitkan 156 kertas siasatan berprofil tinggi dan berkepentingan awam yang dibuka sejak 2020 hingga kini.

Jelas beliau, Ia merupakan cabaran besar kepada SPRM kerana 60 peratus daripada kes melibatkan ahli politik yang mempunyai akses kepada pelbagai peringkat pengetahuan, kemudahan, saluran dan kuasa.

“Prosiding skandal terowong boleh dianggap antara yang terbesar iaitu bernilai RM6.3 bilion, melibatkan seorang bekas Ketua Menteri.

“Pelbagai dugaan dan halangan dihadapi dalam menyelesaikan prosiding ini termasuk kematian mengejut saksi utama yang belum sempat memberikan keterangan,” jelasnya

Tambahnya lagi, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi 2023 akan diketahui awal tahun depan dan secara langsung menentukan sama ada Kerajaan Perpaduan bersungguh atau sekadar retorik dalam melawan rasuah.

“Sebelum ini Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan mengumumkan penurunan CPI Malaysia ke tangga 61 pada 2022 berbanding 62 pada tahun sebelumnya.

“Ia disebabkan kurangnya kesungguhan politik dalam memerangi rasuah dan kelewatan reformasi institusi yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan.

Tular menteri didakwa buat kecoh di KLIA

Menteri akui kekecohan, dakwa berlaku isu rasuah di KLIA

Imigresen siasat dakwaan insiden kekecohan libat menteri

Ketua Pemuda UMNO gesa PM pecat menteri buat kecoh di KLIA

Siasat dalang sebar video, berita tidak benar - King Sing

MyBHA, MATA sokong tindakan King Sing dengar keluhan pelancong

Budaya rasuah di KLIA: SPRM siasat dakwaan King Sing

Ahli perniagaan lapor polis kes kekecohan libat menteri di KLIA

Lawatan mengejut di KLIA, PM jamin siasatan rapi dilakukan

Belum terima laporan menteri buat kecoh di KLIA - Anthony

Kerajaan, pihak berkuasa digesa siasat kes menteri buat kecoh di KLIA - Cuepacs

'Saya sedang menunggu laporan penuh' - Saifuddin Nasution