Lawatan mengejut di KLIA, PM jamin siasatan rapi dilakukan

Anwar ketika melakukan tinjauan di Imigresen KLIA pada Ahad. - Foto Afiq Hambali/Pejabat Perdana Menteri
Anwar ketika melakukan tinjauan di Imigresen KLIA pada Ahad. - Foto Afiq Hambali/Pejabat Perdana Menteri
A
A
A

SHAH ALAM - Satu siasatan rapi akan dibuat berhubung insiden kekecohan membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau walau bagaimanapun masih meneliti langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Menurutnya, setakat ini pihak imigresen memberikan maklum balas yang sangat baik dan positif.

“Kita harus kenal pasti beberapa kelompok kecil yang masih tidak mampu membuat perubahan termasuk berdepan dengan beberapa tuduhan.

“Jadi Insya-ALLAH perbincangan awal akan dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari Rabu ini,” katanya kepada pemberita di KLIA pada Ahad.

Anwar berkata, hasil lawatan yang dibuat mendapati majoriti petugas-petugas imigresen berjalan dengan baik.

“Cuma mungkin ada beberapa masalah kita akan adakan siasatan untuk perbaiki kalau ada kesilapan akan diambil tindakan wajar

“Saya sempat melawat lapangan terbang KLIA, Kastam dan Imigresen dan keadaan terkawal dan terdapat beberapa kerosakan Kastam yang harus diperbaiki,” jelasnya.

Terdahulu beliau melakukan lawatan mengejut di lapangan terbang itu sebelum menyambut ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat pulang ke tanah air dari Arab Saudi hari ini selepas selesai menunaikan ibadah haji.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Pemuda UMNO gesa PM pecat menteri buat kecoh di KLIA

Tular menteri didakwa buat kecoh di KLIA

Kerajaan, pihak berkuasa digesa siasat kes menteri buat kecoh di KLIA - Cuepacs

Belum terima laporan menteri buat kecoh di KLIA - Anthony

Menteri akui kekecohan, dakwa berlaku isu rasuah di KLIA

Menteri ada pas VIP masuk kawasan larangan KLIA - Anthony

Imigresen siasat dakwaan insiden kekecohan libat menteri

Budaya rasuah di KLIA: SPRM siasat dakwaan King Sing