Imigresen siasat dakwaan insiden kekecohan libat menteri

Ruslin Jusoh
Ruslin Jusoh
A
A
A

SEPANG - Jabatan Imigresen Malaysia menjalankan siasatan berhubung insiden tular dilaporkan beberapa media tempatan berhubung dakwaan seorang menteri yang membuat kecoh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Khamis.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, tindakan serta-merta melibatkan siasatan berkaitan dakwaan berhubung kejadian dijalankan pihaknya.

"Siasatan akan dijalankan secara menyeluruh merangkumi semua aspek yang berkaitan.

"Orang ramai diharapkan agar memberikan ruang siasatan supaya ia dapat dijalankan dengan telus dan tidak membuat sebarang spekulasi atau provokasi yang boleh menggganggu siasatan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, tular insiden kekecohan di balai ketibaan KLIA di sini apabila seorang individu dipercayai menteri difahamkan cuba 'menyelamatkan' seorang individu warga China yang ditahan.

Menurut sumber, individu warga China itu ditahan oleh pihak berkuasa sebaik sahaja tiba masuk ke negara ini.

Individu dipercayai menteri itu kemudiannya terus masuk ke dalam balai ketibaan tanpa memohon pas kebenaran.

Suasana tegang berlaku apabila pihak berkuasa di KLIA tidak membenarkan tindakan individu tersebut yang bertindak mahu 'menyelamatkan' warga China tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular menteri didakwa buat kecoh di KLIA

Belum terima laporan menteri buat kecoh di KLIA - Anthony

Kerajaan, pihak berkuasa digesa siasat kes menteri buat kecoh di KLIA - Cuepacs

Menteri akui kekecohan, dakwa berlaku isu rasuah di KLIA

'Saya sedang menunggu laporan penuh' - Saifuddin Nasution