Tragedi kepala air: Bomba guna dron cari dua mangsa hilang

Pencarian menggunakan dron bagi mengesan dua lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih, Kemaman.
Pencarian menggunakan dron bagi mengesan dua lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih, Kemaman.
A
A
A

KEMAMAN - Operasi hari keempat mencari dan menyelamat (SAR) pada Rabu diteruskan dengan pencarian menggunakan dron bagi mengesan dua lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih dekat sini.

Komander Operasi Unit Dron dari Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Mohd Taufiq Abd Satar berkata, pemantauan itu dijalankan di sektor B dan Sektor C susulan ia merupakan lokasi mayat terakhir ditemui terapung.

"Dari sini kami akan buat pemantauan secara berkala. Kita juga cuba kesan di lokasi-lokasi strategik apabila pasukan SAR sukar untuk sampai terutama di bawah jambatan dan kawasan yang ada banyak halangan seperti kayu.

"Jadi unit dron akan buat pemantauan dari atas. Kalau ada apa-apa maklumat, kita akan terus salurkan pada pasukan untuk 'mobilize' dengan bot atau pasukan di darat," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohd Taufiq berkata, seramai tiga anggota unit dron terlibat dalam operasi itu dengan menggunakan dron Matrice 210 untuk mengesan mangsa yang hilang.

"Penggunaan teknologi ini bukanlah baru di Malaysia dan kita sedang mendalami aspek kemampuan dron itu untuk memberikan perkhidmatan terutamanya mengesan mangsa sewaktu SAR.

"Kemampuan dron tersebut boleh cari objek yang mempunyai kesan haba terutama pada waktu malam dan juga mempunyai kemampuan untuk zoom dari jarak jauh selain menyimpan rekod lokasi penerbangan dilakukan.

"Kita boleh gerakkan dengan pantas dron ini sehingga sejauh 10 kilometer dari udara sahaja. Jadi tak perlu melalui jalan darat dan itu antara kemampuan terkini dan baharu daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi kepala air: Jenazah tujuh beranak selamat dikebumikan

Tragedi kepala air: Mayat ketujuh disahkan Putri Balqis Izzati

Tragedi kepala air: Mayat ketujuh ditemukan

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung cari 3 lagi mangsa

Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air

Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal

Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air

Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa

Tragedi kepala air: Hilang sepupu rapat sekelip mata

'Adik sanggup ikat perut nak kahwin hujung tahun ini'

Tragedi kepala air: Jenazah mangsa dibawa ke Felda Lepar Hilir 3