Tragedi kepala air: Mayat kelapan disahkan Putri Alleya Maisarah

Anggota penyelamat membawa naik mayat kelapan tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih pada Selasa yang disahkan identitinya sebagai Putri Alleya Maisarah Karim,16.
Anggota penyelamat membawa naik mayat kelapan tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih pada Selasa yang disahkan identitinya sebagai Putri Alleya Maisarah Karim,16.
A
A
A

KEMAMAN - Satu lagi mayat ditemukan lemas pada Selasa selepas dipercayai dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih pada Ahad manakala dua lagi dikhuatiri masih hilang.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mayat kelapan mangsa tragedi itu disahkan sebagai Putri Alleya Maisarah Karim,16.

"Mayat mangsa ditemukan dalam jarak 2 kilometer (km) dari tempat kejadian.

"Mayat itu juga dijumpai tersangkut di beting pasir yang membentuk pulau kesan daripada kepala air.

"Kedudukan mayat Putri Alleya Maisara hanya berada 500 meter dengan penemuan mayat adiknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, pada Ahad lalu," katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar pada Selasa.

Hanyan
Hanyan

Mengulas lanjut, Hanyan berkata, penemuan mayat kelapan itu menjadikan dua lagi baki mangsa yang masih hilang.

"Setakat ini kita masih mencari dua lagi mangsa iaitu Putri Nor Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24," ujarnya.

Sebelum ini, 10 individu dengan sembilan daripadanya sekeluarga berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang datang berkelah di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih pada Sabtu sebelum dihanyutkan arus deras kepala air.

Mayat pertama, Azizah Eiyi, 40, ditemui jam 12.45 tengah hari Ahad kira-kira 24 km dari lokasi kejadian manakala Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, ditemui tersangkut kira-kira jam 3 petang hari yang sama.

Pada Isnin, ketiga-tiga mangsa dikenali sebagai Putri Aryana Umaira; 4, Putri Nurerina Natasya; 10, dan bapa mereka, Karim Abdullah, 39, yang ditemui lemas sudah disahkan identiti oleh keluarga mereka.

Sebelum itu, Muhammad Haziq Ziqree, 6, ditemui terapung oleh pasukan pencarian pada jam 11.05 pagi.

Pada Selasa, mayat ketujuh mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih di sini disahkan sebagai Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi kepala air: Mayat ketujuh disahkan Putri Balqis Izzati

Tragedi kepala air: Mayat ketujuh ditemukan

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung cari 3 lagi mangsa

Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air

Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal

Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air

Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa

Tragedi kepala air: Hilang sepupu rapat sekelip mata

'Adik sanggup ikat perut nak kahwin hujung tahun ini'

Tragedi kepala air: Jenazah mangsa dibawa ke Felda Lepar Hilir 3