Insiden bom lempar: Suasana pilu selubungi pengebumian jenazah jurulatih TUDM

Jenazah Koperal Udara (U) Mohd Syuib Bidin, 33, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Kapor, Binjai Kemaman kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi. - Foto Astro AWANI
Jenazah Koperal Udara (U) Mohd Syuib Bidin, 33, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Kapor, Binjai Kemaman kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi. - Foto Astro AWANI
A
A
A

KEMAMAN - Jenazah jurulatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam insiden letupan bom lempar ketika sesi latihan di lapang sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Tampin selamat dikebumikan pada Isnin. 


Jenazah Koperal Udara (U), Mohd Syuib Bidin, 33, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Kapor, Binjai Kemaman kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Terdahulu, jenazah yang diterbangkan menggunakan helikopter EC 725 TUDM dari Kem Empat Rejimen Artileri Diraja Gemas, Negeri Sembilan.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan sepasang cahaya mata berusia empat tahun dan setahun empat bulan. - Foto Astro AWANI
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan sepasang cahaya mata berusia empat tahun dan setahun empat bulan. - Foto Astro AWANI

Sejurus tiba jenazahnya dibawa ke Masjid Jamek, Binjai untuk disolatkan sebelum dikebumikan mengikut istiadat pengebumian TUDM.

Suasana pilu turut menyelubungi tanah perkuburan apabila sebahagian daripada 100 ahli keluarga dan anggota TUDM yang hadir memberi penghormatan terakhir gagal menahan sebak ketika upacara pengebumian. 


Allahyarham Mohd Syuib yang merupakan jurulatih di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Sendayan, Johor.


Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan sepasang cahaya mata berusia empat tahun dan setahun empat bulan.

Anggota TUDM yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Koperal Udara (U) Mohd Syuib Bidin - Foto Astro AWANI
Anggota TUDM yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Koperal Udara (U) Mohd Syuib Bidin - Foto Astro AWANI

Asisten Ketua Staf J3 Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Datuk Nur Hafis Abdul Karim, menyerahkan Jalur Gemilang kepada isteri Allahyarham, Nur Faziera Izam. 


Pada Ahad media melaporkan seorang penuntut INSTAR maut di tempat kejadian manakala seorang lagi iaitu jurulatih meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital Segamat susulan insiden letupan bom lempar itu. 


Kejadian itu turut menyebabkan seorang lagi jurulatih cedera dan masih menerima rawatan. - Awani

ARTIKEL BERKAITAN:

Seorang lagi anggota maut, TUDM akan tubuhkan Lembaga Siasatan

Anggota TUDM maut, 2 jurulatih cedera sesi latihan di Gemas