Akta judi, pertaruhan Malaysia sudah lapuk

Gambar hiasan - Foto123RF
Gambar hiasan - Foto123RF
A
A
A

PADA Jumaat lalu, Sinar Harian menyiarkan pendedahan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bahawa wujud naungan politik yang melindungi pengendali platform judi dalam talian di Malaysia.

Senario itu menjadi batu penghalang buat pihak penguat kuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), mahupun kerajaan sendiri untuk mengekang dan membanteras jenayah judi online tersebut.

Difahamkan, wujud situasi 'menang menang' di antara pengendali platform judi online dengan penaung politik itu.

Putaran berlaku apabila penaung politik perlu melindungi aktiviti perjudian daripada jatuh ke tangan pihak berkuasa menerusi pelbagai taktik. Habuannya akan dibayar kemudian dalam apa sahaja bentuk yang mana aktiviti itu mencetuskan elemen rasuah, jenayah pengubahan wang haram dan sebagainya.

Menteri juga menggesa untuk dipinda Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Pertaruhan 1953 supaya pengendali yang dikesan boleh diheret ke muka pengadilan.

Kata Saifuddin, kedua-dua akta tersebut sudah tidak sesuai dan dengan mudahnya disebut sebagai 'lapuk' untuk diguna pakai, selain jenayah perjudian di Malaysia kini jauh lebih canggih berbanding judi sabung ayam.

Malah, di mahkamah, kes melibatkan pengendali platform judi dalam talian boleh tergugur begitu sahaja kerana akta yang sedia ada ini sudah tidak relevan lagi.

Bak kata Saifuddin; “Jika lawan di mahkamah, mereka boleh menang. ”Untuk tempoh ini, kerajaan hanya mampu melaksanakan beberapa sekatan terhadap pengendali judi dalam talian membabitkan lebih 2,100 laman web sejak tahun 2021 hingga Mei lalu.

Difahamkan, ada ribuan lagi aktiviti perjudian dalam talian yang masih aktif di luar sana.

Dengan tindakan sedia ada itu, aktiviti perjudian dalam talian memang sukar dibendung dan menular ke segenap medium. Ia juga sangat mudah diakses oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira usia.

Kuncinya kini, kedua-dua akta itu wajib dipinda dengan segera agar tiada lagi aktiviti perjudian dalam talian yang mendapat perlindungan oleh 'tuan politik'.

ARTIKEL BERKAITAN:

'Naungan politik' judi: Segerakan pembaharuan institusi

SPRM terima laporan 'naungan politik' lindungi judi dalam talian

Wujud naungan politik lindungi judi dalam talian - Saifuddin

Heret ahli politik dalang judi ke muka pengadilan

PDRM, SPRM kongsi maklumat siasatan ahli politik dalang judi

Dedah ahli politik dalang judi

KDN serah polis, SPRM dedah identiti ahli politik dalang judi