SAR Hawari diteruskan di kawasan ceruk, jejaki telefon bimbit

Muhammad Hawari dilaporkan hilang di kawasan pergunungan itu ketika turun dari Kem Empat selepas menawan puncak gunung tertinggi dunia itu Jumaat lalu.
Muhammad Hawari dilaporkan hilang di kawasan pergunungan itu ketika turun dari Kem Empat selepas menawan puncak gunung tertinggi dunia itu Jumaat lalu.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Muhammad Hawari Hashim, 33, seorang orang kurang upaya (OKU) pendengaran yang dilaporkan hilang pada Jumaat di kawasan pergunungan Everest, diteruskan di kawasan ceruk, selain menjejaki telefon bimbitnya.

Pengurus Pasukan Misi Malaysia Everest 2023 (ME23,) Ayu Wanirah Naharuddin berkata, operasi itu dikendalikan oleh salah seorang pendaki, Tiong Ling Yang, yang turut dikenali sebagai Vincent.

Beliau berkata, SAR menerusi udara telah dilakukan semalam namun tidak menemukan kesan manusia di kawasan pendakian.

"SAR darat di kawasan ceruk terus dilakukan di atas Kem Dua. Mencari di ceruk memerlukan tenaga mahir dan kita telah kerahkan sebanyak mungkin tenaga mahir yang ada di kawasan sekitar.

"Kita telah jumpak jaket Gore-Tex yang mengandungi ‘recco’ (sejenis peralatan pengesan) milik Muhammad Hawari di Kem Dua. Pihak (Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu) telah berhubung dengan polis Nepal untuk bantuan menjejaki iPhone milik Muhammad Hawari,” katanya kepada Bernama, di sini pada Isnin.

Jumaat lepas, Muhammad Hawari dilaporkan hilang di kawasan pergunungan itu ketika turun dari Kem Empat selepas menawan puncak gunung tertinggi dunia itu.

Pada hari sama, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, yang juga peserta misi disahkan meninggal dunia selepas terjatuh semasa pendakian sehari sebelumnya.

Ayu Wanirah berkata, terdapat sekumpulan orang Sherpa akan membuat pemeriksaan bagi mencari Muhammad Hawari di setiap khemah di Kem Dua, Tiga dan Empat, hari ini.

" (Pihak) Suunto Malaysia ada memberitahu akan membantu menjejaki pendaki tersebut sekiranya Hawari menyimpan segala aktiviti di dalam aplikasinya. Suunto juga melaporkan kejadian ini ke pihak berkuasa Finland untuk berkongsi data tersebut.

"Mereka akan cuba. Jika data tidak disimpan kita mungkin tak dapat cari Hawari tapi akan tetap cuba. Kini terserah kepada pihak polis Finland dan ibu pejabat Suunto,” katanya.

(Suunto ialah jam tangan pintar buatan Finland yang antaranya mempunyai ciri navigasi dan komunikasi, selain boleh menyimpan data berkaitan aktiviti penggunanya)

Selain itu, Ayu Wanirah berkata, usaha membawa turun jenazah Awang Askandar dari Everest Base Camp ke Kathmandu, Nepal sedang giat dijalankan yang dikendalikan sendiri oleh beliau.

"Enam orang Sherpa akan berada di Kem Empat menjelang petang ini. Esok pagi, jenazah akan dibawa turun ke kawasan selamat bagi helikopter melakukan ‘long line rescue’. Seterusnya akan dibawa ke Kathmandu, Nepal.

"Pihak kedutaan (Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu) berhubung rapat dengan saya dan mereka akan menerima jenazah tersebut di Kathmandu. Cuaca sekarang agak berawan dan bersalji, semoga cuaca baik esok,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pendaki OKU negara dilapor hilang selepas tawan puncak Everest

Pemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negara

Pendaki OKU Malaysia berjaya tawan puncak Everest

Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest

'Seakan tak percaya adik meninggal ketika misi daki Everest'

Everest semakin berbahaya, semoga Hawari selamat

Everest: Orang ramai titip doa buat Hawari

Jenazah pendaki dijangka dibawa turun malim gunung

'Gunung Everest kehilangan salji, lebih kering dan berbatu'

Operasi SAR sukar jika Hawari terjatuh di kaki Gunung Lhotse

Ismail Sabri titip doa kepada mangsa tragedi Everest

Gesa siasatan menyeluruh tragedi Everest

Cuaca tak menentu cabaran cari mangsa hilang Gunung Everest

Ravichandran sedih kehilangan dua rakan pendaki

Doakan Hawari ditemui selamat - Ibu

Wisma Putra bantu bawa turun jenazah Awang Askandar

Kerajaan sedia penuhi hasrat keluarga Awang Askandar

Ravi tahan sakit demi kibar Jalur Gemilang di Everest

ME 2023 yang dianjurkan Kelab Eksplorasi Altitud dan mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan itu turut disertai bekas pendaki Everest 2016 Azim Afif Ishak yang juga ketua eskpedisi.

Misi itu bermula 2 April lepas. - Bernama