Sembilan ADUN BN, satu PH dilantik Exco Melaka

Rais (lima dari kiri) ketika mengetuai Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh pada Rabu.
Rais (lima dari kiri) ketika mengetuai Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh pada Rabu.
A
A
A

MELAKA - Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka melibatkan sembilan ADUN Barisan Nasional (BN) dan seorang daripada Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri, di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, pada Rabu.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka itu diadakan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Upacara lantikan barisan Exco dibuat selepas lima hari Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dilantik sebagai Ketua Menteri.

Sembilan ADUN BN termasuk tujuh ADUN BN yang dilantik semula sebagai Exco iaitu ADUN Paya Rumput, Datuk Rais Mohd Yasin dilantik sebagai Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana; ADUN Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman menjawat jawatan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan dan ADUN Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Turut dilantik semula, ADUN Ayer Molek Datuk Rahmad Mariman memegang jawatan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; ADUN Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Nordin, dilantik Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti; ADUN Machap Jaya, Ngwe Hee Sem sebagai Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan serta ADUN Gadek VP Shanmugam dilantik sebagai Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Selain itu barisan Exco baharu di bawah pentadbiran Ab Rauf menampilkan tiga muka baharu termasuk dua ADUN BN, iaitu ADUN Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer memegang jawatan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan selain ADUN Asahan, Fairul Nizam Roslan dilantik menjawat jawatan Exco Sains Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital.

Manakala wakil rakyat tunggal PH iaitu ADUN Kesidang,Seah Shoo Shin dilantik memegang portfolio Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.

Tidak dilantik semula sebagai Exco iaitu ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan yang sebelum ini memegang Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar dan ADUN Rembia, Datuk Jailani Khamis yang memegang portfolio Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan.

Jumaat lalu ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di Dewan Sri Utama Pejabat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka di Ayer Keroh.

Ia selepas Ketua Menteri ke-12, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13

[VIDEO] Lantik Exco baharu dalam tempoh 48 jam - Ab Rauf

'Beri sokongan kepada pimpinan Kerajaan Negeri Melaka baharu'

Sulaiman sakit, Rauf bakal KM Melaka

Exco Melaka dilantik ikut semangat Kerajaan Perpaduan

'Letak jawatan kerana desakan hati' - Sulaiman

Sulaiman menitiskan air mata

Melaka bakal bertukar Ketua Menteri?

Ab Rauf minta sabar, tunggu pengumuman rasmi

Sulaiman letak jawatan Ketua Menteri Melaka

Tidak campur kemelut BN Melaka

Sulaiman letak jawatan: Seri Negeri jadi tumpuan media

Sulaiman hadir ke pejabat Ketua Menteri seperti biasa

Sulaiman tunjuk isyarat mohon maaf

Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Jumaat

Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu

Letak jawatan: Sulaiman perlu beri penjelasan