Mubarak bakal didakwa di mahkamah esok

Undang Luak Sungei Ujong yang dipertikaikan, Datuk Mubarak Thahak @ Dohak bakal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.
Undang Luak Sungei Ujong yang dipertikaikan, Datuk Mubarak Thahak @ Dohak bakal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.
A
A
A

SEREMBAN - Undang Luak Sungei Ujong yang dipertikaikan, Datuk Mubarak Thahak @ Dohak bakal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan menghasut.

Berdasarkan makluman yang dikongsi oleh pihak mahkamah, kes berkenaan akan didengar di hadapan Hakim, Tasnim Abu Bakar.

Difahamkan, Mubarak berdepan pendakwaan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Beliau didakwa menyebut perkataan menghasut yang mana kesalahan itu dilakukan pada 19 April 2026 di Balai Undang Luak Sungei Ujong, dalam daerah Seremban.

Terdahulu media melaporkan pemecatan beliau sebagai Undang Luak Sungei Ujong telah diwartakan oleh kerajaan Negeri Sembilan.

Menurut dokumen rasmi bertarikh 23 Oktober 2026, Mubarak telah diberhentikan daripada jawatan dan gelaran sebagai Undang Luak Sungei Ujong ke-10 berkuat kuasa 13 Mei 2025.

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!