Barisan Exco Melaka menggambarkan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid menghadiri pada Majlis Tadarrus al-Quran Perdana sempena Ramadan di Bagan Datuk.
Ahmad Zahid menghadiri pada Majlis Tadarrus al-Quran Perdana sempena Ramadan di Bagan Datuk.
A
A
A

BAGAN DATUK - Barisan Exco Kerajaan Melaka yang akan dilantik harus menggambarkan komposisi Kerajaan Perpaduan sepertimana di peringkat Persekutuan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu akan menggambarkan kebersamaan dan perkongsian kuasa meskipun partinya memperoleh majoriti besar.

Menurutnya, suatu pertemuan bersama Ketua Menteri Melaka yang baharu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh akan diadakan dalam masa terdekat.

"Begitu juga dengan portfolio yang akan diagih-agihkan nanti, saya yakin akan dibincangkan.

"Tumpuan diberikan dengan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat negeri Melaka dengan meneruskan kesinambungan yang telah dibuat ketua menteri sebelum ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Tadarrus al-Quran Perdana sempena Ramadan di Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini pada Sabtu.

Ditanya mengenai anggota Exco yang akan digugurkan, Ahmad Zahid berkata, perkara itu akan diserahkan kepada Ab Rauf.

"Itu saya serahkan kepada kebijaksanaan ketua menteri baharu tetapi parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan wajib diletakkan untuk memperlihatkan kebersamaan kerajaan baharu Melaka," katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga yakin kestabilan yang ditunjukkan dalam kerajaan Melaka mampu menjadi penyumbang kepada kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

"PRN untuk tiga negeri di bawah Kerajaan Perpaduan adalah Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan tetapi tiga negeri lain iaitu Kedah, Kelantan serta Terengganu di bawah kerajaan lain.

"Bagi kita kerjasama telah terjalin antara BN dan Kerajaan Perpaduan, usaha-usaha untuk pengagihan kerusi yang boleh dimenangi juga telah dimulakan.

"Tentunya kestabilan politik Melaka akan turut menyumbang kebolehmenangan di enam negeri ini. Kita harap jentera negeri Melaka membantu jentera BN dan jentera parti-parti Kerajaan Perpaduan dalam PRN akan datang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

'Beri sokongan kepada pimpinan Kerajaan Negeri Melaka baharu'

Sulaiman sakit, Rauf bakal KM Melaka

Exco Melaka dilantik ikut semangat Kerajaan Perpaduan

'Letak jawatan kerana desakan hati' - Sulaiman

Sulaiman menitiskan air mata

Melaka bakal bertukar Ketua Menteri?

Ab Rauf minta sabar, tunggu pengumuman rasmi

Sulaiman letak jawatan Ketua Menteri Melaka

Tidak campur kemelut BN Melaka

Sulaiman letak jawatan: Seri Negeri jadi tumpuan media

Sulaiman hadir ke pejabat Ketua Menteri seperti biasa

Sulaiman tunjuk isyarat mohon maaf

Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Jumaat

Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu

Letak jawatan: Sulaiman perlu beri penjelasan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!