Barisan Exco Melaka cerminkan Kerajaan Perpaduan - Ab Rauf

Ab Rauf - Foto Bernama
Ab Rauf - Foto Bernama
A
A
A

MELAKA - Ketua Menteri Melaka yang baharu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh membayangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Harapan (PH) akan menyertai barisan Exconya nanti.

Dalam satu hantaran di laman sosial Facebook rasminya, Ab Rauf berkata, beliau akan memastikan barisan Exco yang akan dibentuk adalah lebih inklusif dan mencerminkan Kerajaan Perpaduan di Putrajaya.

Beliau menegaskan kerajaan baharu negeri Melaka nanti adalah sebuah kerajaan negeri yang kukuh dan stabil, sebuah Kerajaan Perpaduan yang dibentuk hasil muafakat bersama antara parti-parti politik yang mempunyai mandat yang kuat untuk berkhidmat kepada rakyat Melaka.

Dalam hantaran sama, katanya, beliau akan merangka Pelan 100 Hari yang baharu untuk menjana lebih banyak pelaburan dan pekerjaan buat Melaka.

"Rakyat Melaka dahagakan pembangunan. Mereka mahu melihat kemudahan hospital, kemudahan sekolah, peluang berniaga dan peluang pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik. Melaka juga memerlukan infrastruktur, termasuk bekalan air, jalan raya dan digital, yang lebih baik,” menurut hantaran itu.

Ab Rauf, yang merupakan ADUN Tanjung Bidara, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 pada Jumaat menggantikan ADUN Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang melepaskan jawatannya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

'Beri sokongan kepada pimpinan Kerajaan Negeri Melaka baharu'

Sulaiman sakit, Rauf bakal KM Melaka

Exco Melaka dilantik ikut semangat Kerajaan Perpaduan

'Letak jawatan kerana desakan hati' - Sulaiman

Sulaiman menitiskan air mata

Melaka bakal bertukar Ketua Menteri?

Ab Rauf minta sabar, tunggu pengumuman rasmi

Sulaiman letak jawatan Ketua Menteri Melaka

Tidak campur kemelut BN Melaka

Sulaiman letak jawatan: Seri Negeri jadi tumpuan media

Sulaiman hadir ke pejabat Ketua Menteri seperti biasa

Sulaiman tunjuk isyarat mohon maaf

Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Jumaat

Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu

Letak jawatan: Sulaiman perlu beri penjelasan